Jumaat, 27 Julai 2012

GAYA PRAKTIS

DEFINISI



“bersifat individu dan latihan persendirian dalam tugasan memori atau tugasan menghasilkan sesuatu dengan maklumbalas”
PERANAN GURU
Adalah membuat semua keputusan berkaitan hal/tajuk/topik dan keputusan logistik serta memberi  maklumbalas kepada murid
PERANAN MURID
-Membuat latihan/melakukan sesuatu tugasan secara individu dan persendirian
-Membuat 9 keputusan spesifik
  
Apabila tugasan telah berjaya dilakukan, 2 kategori objektif dianggap telah tercapai :
1.Objektif Hal/Topik (Subject matter Objectives)
2.Objektif Kelakuan







Objektif hal atau topik(subject matter objective)
1.Berlatih melakukan atau menghasilkan sesuatu dengan sendiri 

2.Untuk mengaktifkan memori kognitif yang perlu bagi sesuatu tugasan
3.Untuk mempelajari sesuatu secara persendirian dan menjadikannya sebahagian daripada pemikiran
4.Untuk menyedari bahawa kemahiran melakukan sesuatu berkait rapat dengan tugasan yang diulang
5.Untuk menyedari bahawa kemahiran melakukan sesuatu berkait rapat dengan pengetahuan tentang keputusan dan maklumbalas
OBJEKTIF KELAKUAN
1.Untuk mengalami permulaan sikap berdikari dengan membuat 9 keputusan 
2.Untuk membentuk kemahiran memulakan sesuatu dalam 9 keputusan 
3.Untuk menyedari bahawa membuat keputusan membantu murid belajar melakukan
tugasan 
4.Untuk belajar bertanggungjawab terhadap akibat dari setiap keputusan 
5.Untuk belajar menghormati hak orang lain dalam membuat 9 kategori keputusan 
6.Untuk memulakan hubungan individu dan persendirian antara guru dan murid 
7.Untuk membentuk sikap percaya dalam peralihan tanggungjawab membuat 
keputusan 
PENGKAJIAN TENTANG GAYA PRAKTIS
Practice Style boleh dikaji berdasarkan tiga bahagian :
1.Pre-Impact
2.Impact
3.Post-Impact
Dalam bahagian Pre-Impact dan Post-Impact, guru membuat semua keputusan.
Hanya dalam bahagian Impact, tanggungjawab membuat 9 keputusan diletakkan 
pada murid.

PRE-IMPACT- Guru menentukan tugasan yg akan diberikan kepada murid
IMPACT -   Murid membuat 9 keputusan tetentu sambil melakukan tugasan yang diberi
POST  -  IMPACT   :    
Guru memerhati murid menjalankan tugasan dan memberi maklumbalas secara 
individu dan persendirian kepada murid tentang tugasan mereka dan keputusan yang 
dibuat 
9 KATEGORI KEPUTUSAN:
1.Lokasi
2.Susunan tugasan
3.Masa mula setiap tugasan 
4.Kadar dan irama 
5.Masa berhenti bagi setiap tugasan 
6.Waktu senggang 
7.Bertanya soalan untuk mendapatkan penjelasan 
8.Pakaian atau uniform
9.Kedudukan tubuh 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan